BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 5, 2009

h\ierarki Salasilah Tengku Panglima Raja

Friday, November 13, 2009

Tengku Iskandar Sultan Muhammad V

Sementara itu kemangkatan Tengku Ahmad Tengah yang mempunyai 25 zuriat (13 putera dan 12

Selepas enam generasi,Yang Amat Mulia Tengku Iskandar Ibni Al Marhum Tengku Ahmad Tengku Panglima ( tengku Panglima Raja) muncul di gelanggang penuntutan tahta Negeri Kelantan Darulnaim selepas kes tuntutan oleh Tengku Ibrahim Petra ibni Al Marhum Tengku Inderaputera bagi tujuan yang serupa hilang dari kecenderungan umum untuk ambil peduli kerana tengku Ibrahim Petra jelas bukan pewaris dengan bukti dan rujukan.

Hasil cetusan yang ada pada awalnya dianggap perbuatan nakal oleh aktivis politik datuk Haji Ibrahim Ali, Yang amat Mulia Tengku Iskandar mengambil masa agak lama membuat kajian dan penyelidikan bagi mengumpul bukti dan amat terang lagi bersuluh, Yang Amat Mulia Tengku Iskandar adalah pewaris yang sah berdasarkan bukti dan fakta berikut.

Yang Amat Mulia Tengku Iskandar adalah genarasi keenam keturunan Long Yunus Ibni Al Marhum Sultan Sulaiman yang memerintah Kelantan pada tahun 1176 hingga 1209H. Baginda Long Yunus mempunyai 12 orang zuriat dan antaranya ialah Long Tan yang bergelar Temenggong (Aria pahlawan)

Oleh kerana pewaris utama tahta kerajaan Kelantan bergelar Sultan Muhammad 1 yang memerintah Kelantan tahun 1215hingga 1251H mandul,maka baginda telah mewariskan tahta kepada anak saudara baginda (anakanda kepada Long Tan ) bernama Long Senik,bergelar Sultan Muhammad II atau digelar oleh rakyat jelata dengan Sultan Muhammad Mulut Merah, memerintah Kelantan pada tahun 1253 hingga 1304H.

Sultan Muhammad Mulut Merah mempunyai tiga Zuriat iaitu dua puteri dan seorang putera bernama Tengku Abdul Ghaffar yang diberi gelaran Temgku Temenggong,,Tengku Petra Dalam Kebun. Puteri-puteri baginda pula ialah Tengku Nanik yang berkahwin Tengku Putih Pattani dan Tengku Sulong Yang berkahwin dengan Tengku Ahmad Tengah dipercayai Putera raja dari luar Kelantan.

Oleh kerana ketika Sultan Muhammad Mulut Merah mangkat , Tengku Abdul Ghaffar selaku pewaris tahta baru berusia Sembilan tahun,maka suami kepada kakandanya yakni suami kepada Tengku Sulong diberi amanah menaiki tahta sementara menunggu Tengku abdul Ghaffar supaya pewarisan tahta kekal kepada keturunan Tengku Ahmad Tengah.

Kalangan yang mahu menyelamatkan zuriat sebenar keturunan sultan Kelantan telah bertindak membawa lari Tengku Abdul Ghaffar ke Pattani dan di jaga oleh kakandanya Tengku Nanik,isteri kepada Tengku Putih Pattani.

puteri) telah membuka laluan kepada anakandanya yang merupakan anak tiri kepada Tengku Sulong bernama “Long Kundur” menaiki tahta.Dipercayai kerana ketulahan,Long Kundur (Sultan Muhammad III) hanya sempat menduduki tahta selama setahun sahaja iaitu dari tahun 1308 hingga 1317H.

Ekoran kemangkatan Long Kundur (Sultan Muhammad III),seorang lagi anak tiri kepada Tengku sulong bernama Tengku Mansor menaiki tahta dengan gelaran Raja Kelantan dari tahun 1308 hingga 1317H.

Dari keturunan inilah maka lahirnya Tengku Razaleigh Hamzah,Tengku Anis Abdul Hamid (Raja perempuan Kelantan) dan juga Sultan Ismail Petra,Sultan Dan Yang dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darulnaim sekarang yang mendapat pewarisan hasil pesaka takhta yang pada asalnya dipinjamkan kepada suami Tengku Sulong.Ramai yang menyangka Tengku Sulong adalah seorang putera,walhal beliau sebenarnya puteri Sulong kepada Long senik.(Sultan Muhammad II).

Dalam pada itu pewaris sebenar takhta Kelantan , Tengku abdul Ghaffar yang dijaga oleh kekandanya Tengku Nanik Di Pattani setelah dewasa dan berkahwin dan dikurniakan empat zuriat,tiga puteri dan seorang putera iaitu Tengku Ahmad Panglima yang diberi gelaran Tengku Panglima Raja ayahanda Yang Amat Mulia Tengku Iskandar yang mempunyai lima lagi adik beradik seibu sebapa iaitu Tengku Zaid (Almarhum),Tengku Zaidah,Tengku Izah,Tengku Nora (Sultanah Johor), Duli Yang Amat Mulia Tengku Zanariah (Sultanah Johor) dari ibu keturunan Raja Bugis.

Yang Amat Mulia Tengku Iskandar turut mempunyai tiga beradik lain iaitu Tengku Nor Azizah dan Tengku Nor Asiah dari bonda bernama Tengku Zainab Tengku Long Senik (sultan Muhammad IV) yakni datuk saudara kepada Sultan Ismail Petra, manakala seorang lagi bernama Tengku Fatihah dari seorang lagi isteri Tengku Panglima Raja yakni adik beradik kepada Bonda Raja Perempuan Perlis (Tengku Budriah)

Berdasarkan kepada salsiah ketrurunan Kelantan,maka setelah Tengku zaid sebagai kekanda sudah kembali ke rahmatullah (Mei 1983) sebelum kemangkatan Paduka Ayahanda Tengku Panglima Raja (1hb Ogos 1989),maka pewaris sebenar berhak untuk tahta Kelantan hanyalah Yang Amat Mulia Tengku Iskandar.

Jika Yang Amat Mulia Tengku Iskandar Berjaya mendapat haknya sebagai pewaris takhta,maka Yang Amat Mulia akan bergelar Sultan Muhammad V.